Tuesday 22 April 2014

Keterbukaan

Assalamualaikum..
Annehesayo..


macam selalulah...setelah meninggalkan buku nota ni dengan habuk dan sawang bagai baru la ada idea yang best nak menaip,buat entri..
(aku on9 je setiap masa,cek fb,cek ig,selak2 jugak buku nota ni..tapi..lebih hyper active kat twitter kot..ye la,cerita dua tiga ayat,jiwa kacau dua tiga minit,tweet  yo lah...)

ok..
ceritanya tentang..
cerita pasal hari ahad,hari cuti encik vanila a.k.a hari quality time kitorang together la
(guna word dating...mcm gatal plak..haha!)

cumanya..minggu ni dia sibuk dengan idea nak bercamping dia 
(yang sebenornya ajak berkelah je)

ohoi!!rare ok dia nk bagi idea..walaupun dia kena gelak dengan aku..tapi..muka dia menunjukkan yang dia serius ini kali.Dan macam selalu..aku nak quality time yang aku betul2 boleh spend masa dengan dia,yang tak libatkan bajet besar,tak perlu tempat fancy2,idea suprise bapak gempak..sebab tu kadang2..aku ske dia bawak jalan dalam kereta je...haha

makanya..selain dari berkelah=makan...tak semena-mena idea ni datang (ah,tipu giler la..tidak semena-mena,ingat genius ke idea dtg dari langit??)



sebenarnya sebab dua tiga hari lepas,encik vanila kata..aku ni susah nak bercerita dekat dia pasal aku,pasal org lain banyak je...kira banyak benda yang aku masih-masih tapis dengan dia..huhu..sumpah,aku tak pernah perasan yang itu...


hah,penah yang ada kena smash macam aku tak?

yang bagusnya encik vanila ni,dia jujur...jujur mungkin sebab dia tak pernah in serious relationship with a girl before..(uh,suci sangat....but then,jujur innocent..haha!).Dia senang beritahu apa yang dia nak,apa yang dia rasa,apa yang dia suka,apa yang tidak...so..tak susah bagi aku nak predict..

tapi,in contrast..aku ni jenis suka pendam,cakap pun lapik-lapik..(bukan sebab baik sangat,aku lebih nak jaga hati orang..ahaks!SILA JANGAN MUNTAH) dan tak mustahil lah..kalau mostly bila orang gambarkan aku in words selalu yang femes nya,
................
mysterious,secretive,sensitive
..err..erk



maka..bila encik vanila yang cakap macam tu...he really means nak aku lebih bersikap terbuka dengan dia...dan disebabkan aku ni macam ada dinding yang susah nak diceroboh masuk...so..tak salah aku hendap-hendap la keluar sikit kan...haha..perumpaan ntah hapa-hapa...aku tak rasa bila dia tanya,aku akan jawab semua soalan-soalan yang dia nakkan jawapan sebab most of da time soalan yang aku rasa 'kedap' nak jawab akan berakhir dengan bunyi latar belakang cengkering...krik krik krik~~

thus,i came out with this idea...
-diri awak dalam 3 perkataan
-5 perkara penting tentang diri awak
-tabiat saya yang awak perasan
-tempat yang awak paling nak pergi dengan saya
-perkara yang paling awak nak saya ingat tentang awak
-...
ada soalan yang aku memang nak gurau-gurau je..dan ada soalan yang memang jawapan dia aku nak dia betul betul dengar dari mulut aku..."this is what i really want..".."this is how i feel"..


mula-mula dia jawab pun poyo popo je since aku cakap "saya ada game harini.." tapi..agaknya bila tengok aku bagi jawapan yang lebih...(taktau perkataan apa paling sesuai...mungkin...terbuka atau jujur atau lebih dari surface macam selalu...) dia pun start bagi jawapan yang memang dari hati..dan aku terpaksa mengaku..sakit gigi aku dengar jawapan dia...


encik vanila ni 'pemalu' orangnya..o_O
ok fine..aku tipu!

dan yang bestnya...petang tu hujan,so..kitorang lepak main game ni dalam kereta tepi pantai...haha rare giler pemandangan...time tu tengokla sejelas jelasnya riak muka time dapat soalan,suara sejelas jelasnya dan sejujur jujurnya bagi jawapan..


ehsan encik google
jujur aku cakap..keterbukaan itu penting dalam sesebuah hubungan,tak kisahlah hubungan apa pun...sebab ia menunjukkan tahap kepercayaan kau pada orang sekeliling,yang kau kata kawan,yang kau kata kesayangan..kesediaan untuk bersikap terbuka tu ibarat kau bukak pintu bagi mereka untuk masuk lihat dunia,diri kau dari tempat kau berdiri dan beri peluang pada diri kau untuk mereka yang jujur ni tarik diri kau untuk lihat dunia,tengok  diri  kau dari tempat diorang...bawak kau kenal diri kau dari sesi mendengar;mendengarkan diri dari kesediaan untuk bercerita dan bersedia mendengar tentang diri kita....


and ever since this is just a game...u will not feel burdned...enjoy!



 ...................................................selingan......................................................

bagaikan pelangi..tak bercahaya namun kau berseri




"cantikkan benda-benda yang kita tak plan nak tengok..tapi tetiba dapat tengok"
"pelangi?"
"macam kita.........sekarang"
"ye..kadang-kadang benda cantik tu indahnya bila kita tak terlalu mengharap tapi sabar sampai ianya datang sendiri"







nota kaki: awak,saya rakam semua jawapan tuk masukkan dalam arkib..boleh buat valid evidence..haha



















Wednesday 19 March 2014

Lari...

LARI

kalaulah kaki ini mampu ku larikan tanpa henti

inginku lari pulang ke peluk mama abah
pulang ke syurga yang ku lihat penuh cinta

melihat kami yang mendukung satu sama lain
yang menyambut saat jatuh
yang memujuk kala tersungkur
yang yakin memberi sinar hari esok
temani kerana kita hanya ada kita
cukuplah cuma kita yang aku ada..

kalaulah kaki ini mampu ku larikan tanpa henti
inginku lari pulang ke pangku abah mama
tinggalkan semua yang tak mampu aku kejar di sini
pulang ke syurga yang milikku semuanya


LARI.................................










Friday 28 February 2014

Tanpa Tajuk

Assalamualaikum
Salam Jumaat


dah dekat seminggu ni aku tak larat
abaikan yang sakit-sakit penat sejak balik
aku ada janji nak jumpa orang
dan aku larat gagahkan sehari je
tapi...bukan rezeki nak jumpa itu hari
petang tu rasa dah kebah sikit
masuk pagi lain aku dah start rasa sakit kepala merinding
fail nak bangun pagi jangan cerita la

giler tak kurus?makanan sepinggan,suku pun tak luak

ini bukan cerita reka-reka sakit
ini kalau dah kawin mau laki layan anak,layan diri sendiri
haha!

sakit bukan kita mintak kan..

aku bukan tulis mintak simpati...cuma...aku nak mintak maaf kalau ada yang terasa hati
janji tak datang,mintak manja tak larat nk layan..

aku tau ada yang bakal tak suka..well,kalau sihat pun tak tentu jadi feberet kan

aku pun mintak sihat jugak ni.....=)



Thursday 27 February 2014

puisi rabak

matikan saja suara suara yang tak pernah menyumbang apa apa
terus bertahan pada ujian yang bisa membunuh rasa
terus..dan teruslah bawa kembali indah senyum kita
dan
bisikkan ke telinga seakan ini kali yang pertama

Sunday 23 February 2014

Dari Mata Aku...

Assalamualaikum...
(sila jawab..jangan kedekut)
sengih sambil tunjuk peace


Hurm...dari celik mata bangun sembahyang tahajud yang cuma mampu buat sekali sekala tu,pergi kuliah,balik layan muka buku dan pencicit sampaila tidur malam yang tak penah miss tu..celik pejam celik balik,dah nk habis bulan februari 2014 ni ha...kejap je ha...itu pun dah penuh cerita yang jadi hari-hari..macam-macam..ada yang panas,ada yang suam suam kuku,ada yang suram sunyi sepi teruih


eh,tak kurang jugak berita yang orang tunggu-tunggu..huhu...
contohnya...BR1M dan baucer buku!
haha..tahniahla yang dapat duit BR1M tu..use it wisely hokay!
baucer buku belum lagi..T_T

tapi...ini bukan cerita pasal aku sedih tak menerima duit BR1M mahupun baucer buku itu....

Dalam banyak-banyak cerita..yang aku rasa nak ikut sampai habis ialah...kisah penahanan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal;2 rakyat Malaysia di Sweeden yang didakwa mendera anak mereka (boleh google cerita mereka...)
Kes ni banyak dapat liputan meluas lepas isu kangkung dilihat sedikit reda sebab rakyat dah redha kot. yang bestnya,sebab cerita ni tak jadi di Malaysia,jauh sekali nak kenal keluarga yang berkenaan dari dekat ,kita cuma dihidangkan tentang perkembangannya di media massa..entah betul apa tidak,wallahu'alam



Masa mula-mula baca dulu,aku pun ada pendirian macam orang lain..mak ayah pukul sikit je tu,rilek la dik!

Cumanya,yang tak sedap aku baca bila ada yang pihak yang salahkan anak,ada pihak yang salahkan mak ayah dan of course,yang menyalahkan tu..kaw-kaw punya pendapat,bahasa takda tapis-tapis....hamboi~~~


Tapi bagi aku..ye..semua pihak ada pendapat,ada hujah..ada yang rasa patut dan wajar tindakan itu diambil...cuma..yang kita kena faham....mereka tidak tinggal di Malaysia

cara didikan barat dan di sini adalah berbeza..cuba perhatikan..di barat,mereka jarang pukul anak bila buat salah,mereka lebih kepada 'sentuh' guna psikologi..teguran,teguran,grounded(larangan keluar rumah/penggunaan telefon,gajet or pape je lah)..bagi mereka,pukul itu ialah satu penderaan fizikal dan amatlah dilarang sama sekali..tapi kita kat sini,orang melayu lah senang cerita,tegur kali pertama pun nada dah tinggi,kali kedua tibai terus..

Anak-anak diorang pun agaknya tak pernah tengok lagi budak-budak kena ikat kat pokok  sebab mandi sungai,kurung dalam bilik air sebab mandi lama giler,kena bantai dengan ranting pokok tu belum yang kena rotan sebab ngaji tak pandai2..huhu....aku rasalah,kalau diorang tengok depan mata..mungkin mereka akan bersyukur giler dan merasa amat bernasib baik..at least kena rotan je,ni yang kena sampai kena ikat kat pokok tu apa citer??diorang mungkin cuma balik malaysia,time raya..kejadahnya orang nak tibai anak time raya?


Dan..mereka ni hidup zaman millenia...semua terhidang di alam maya..kita dulu maya tu penyanyi;yang nyanyi lagu bunga-bunga matahari..hehe..kecik molek sampai laa ni..ko taip je kat keyboard tu,semua ada...cuma,kena bijak je nak pilih yang mana...dan bagi diorang ni,internet tu adalah dunia mereka..jangan kacau! tu yang ada ralit,tinggai semayang,tinggai homework,korban masa makan..semua tinggai la..semua benda ni nak cerita kat fb,twitter...kadang orang luar ni baca,salah faham...tu masalah jugak tu...


Lagi satu...yang aku perasan la...selalunya orang melayu ni...selalu,aku tak kata semua...jarang dan fail nak terangkan kat anak bila anak-anak tanya kenapa..kenapa kami kena marah?kenapa kami kena pukul?kenapa kami kena pukul bila tak solat,kenapa kami kena makan ikut time?kenapa kami tak boleh cakap kasar dengan adik beradik?kenapa?kenapa?kenapa?huhu...ye,anak-anak zaman sekarang sangat banyak tanya...tapi kalau mak dan ayah boleh jawab kenapa,aku dapat rasa...budak-budak ni boleh terima....


Mahu atau tidak(hamboi,ayat stok karangan BM boleh dapat A+..kekeke) kita kena terima yang zaman dah berubah..anak-anak kita dah dididik yang mereka kena pertahankan hak mereka..dan salah satunya ialah...tidak didera secara fizikal ataupun mental..tak salahkan mereka kalau bagi mereka dirotan itu satu penderaan fizikal,sebab kita kecik kecik dulu pun memang hangin je kalau kena rotan..cumanya,tahap takut kita kat parents time tu,lebih dari taat..dan cabaran tak pernah jauh dari mak dan ayah nak didik anak tentang disiplin masa,adab,ibadat,buruk baik..kalau boleh,janganlah ayah dah pukul,mak tambah pulak...mak dah piat(cubit) tang perut,ayah pulak tibai ngan tangan...nabi pun ajar,pukul anak ada adab..ajar anak kena sesuai zaman dia,bukan zaman kita..


pada kita yang hanya membaca ni...doakanlah yang baik-baik untuk keluarga ini...sedih sangatlah,kalau mak ayah kandung hilang hak penjagaan anak sebab kes macam ni....kat malaysia ni,berlambak lagi kes kes pukul yang tak masuk akal...beza sangat cedera sebab mengajar dengan cedera sebab memang nak lepas geram


ok..chill everybody!



nota kaki:warning buat bakal abi pada anak-anak saya,buatlah apa awak suka tuk ajar anak..tapi jangan sampai patah riuk,mampus budak tu dahla......

Thursday 6 February 2014

Saat kita merangka,Tuhan dah siap merencana......

Apabila sandarannya adalah sekeping daging yang namanya hati.................................................

            Sakit putus cinta,aku pernah rasa
            Kalau kata tak sakit,itu aku tipu
            Sakit kena tipu,itu juga aku tahu
            Sakit hati nak padam
            Sakit otak nak hadam

            Siapa kata aku tak marah?
            Siapa tahu aku tak kesah?
            Mahu aku amuk dan culik senyumnya dia
            Mahu aku koyak-koyak mulut yang berjanji
            Mahu aku rodok dan robek dada yang ada hati
            curi dan bawa lari
            biar perasaannya mati
            sama bisa macam aku rasa
            biar jadi macam Awang dengan Dayang

            Janji....
            Janji itu cuma aku dengan dia
            Masa dia sayang aku,aku sayang dia
            Depan aku,itulah dia...belakang aku?Itu lain cerita..
            Janji itu cuma janji aku dengan dia
            Tanpa ada saksi dan kadi
            Esok lusa entah apa bakal jadi
            Tanpa tahu tertulis atau tidak aku untuk dia?

            Aku marah...mahu lepas pada siapa?
            Aku kesal...mahu dakwa atas apa?
            Kami baru merangka
            Tuhan dah siap merencana
            Siapa boleh baca cerita esok lusa
            Walau semalam tidurku ber air mata
            Hari ini aku masih bangkit juga
            Masih ada luka,masih terngiang janji dia

            Siapa kata aku lupa?
            Aku masih mahu ingat dia walau esok lusa masih terjaga
            Supaya aku sentiasa bersiaga dan bersedia
            Menjaga langkah menjadi seorang dewasa
            Yang pahit aku telan,yang manis masih ada jadi kenangan
            Aku pernah janji cuma mahu dia gembira
            Tengok dia senyum apa saja untuk dia
            Kenapa cuma dulu,sedang aku masih orang yang sama
            Biarlah dia bahagia,walau bukan aku dengan dia...

            Siapa boleh baca cerita esok lusa
            Saat kita baru merangka
            Tuhan dah siap merencana

Untuk manusia yang sabar,perkhabaran gembira itu ada....

"Awak sayang saya?"
"Sayang gila............."
"Sayang banyak mana?"
"Luas macam laut"
"Sayang sampai bila?"
"Mahu sampai syurga"
"Sayang saya sorang?"
"Satu...sampai hujung nyawa"
  :)





























Sunday 17 November 2013

Terapi Hati...?

Assalamualaikum....


minggu yang tak berapa baik untuk aku kot..
upside down rasa
bukan gangguan perasaan..tapi still bermain dengan emosi
ulang alik hospital is not a good sign i guess
tambah-tambah untuk manusia macam aku
haha..(ok..tak kelakar buat orang risau camni)

entahlah
dalam kelam kabut macam ni
hobi lama..or should i call name it as obsession datang balik
rasa nk menulis balik dalam metafora dan hyperbola yang abstrak
tapi..i'm not so good in words
sebab kadang-kadang(giler kau kadang2?most of da time okeyh?)
aku jujur..

so..instead of menulis bahasa ala2 usman awang,a.samad said
or ayat urban macam fynn jamal,hlovate
aku prefer luah perasaan wat paper crafting

paper crafting..
bagi aku bukan hobi,tapi aku obses pada kertas kaler2,corak2,pelik2..
(tak caya tanya adik aku..haha)
kadang aku kumpul dan simpan je...tambah2 bila otak dan hati aku lebih tertarik pada benda lain(buku,blog or pape je yang boleh buat aku ralit)
sebab tu aku kata aku obses,tak plan nak wat pape pun but still kumpul dan simpan

dan bila otak aku stabil..tapi hati aku ni kuat sgt memberontak
aku perlu something yang boleh baut aku ralit
ralit bukan sebab aku khayal ke apa..
just..ralit...ralit dari rasa apa yang sebenarnya aku dok pikiaq

hu..so..i just crafting again



ni bukan idea sendiri...aku guna template dari  sini
tapi instead of print or save template tu..aku jadi derhaka sikit..ubah saiz..huhu



time cutting meng cutting(??)
potong lagi sikit
dan hasil kederhakaan itu

 maka,mangsa yang akan simpan hasil kederhakaan itu haruslah encik pilot kapsul kecil aku..haha
tapi...kena touch up sket...so menderhaka lagi sekali..kecikkan je..jadi mini in size...nampak comel sket

selepas di touch up dan menderhaka level tinggi

yeay!encik pilot suka..

haha..motif sgt printscreen kan...=P

dan  memang ralit pun buat paper crafting ni
at least,ada jugakla benda2 perempuan yang berjaya mama aku turunkan kat aku
cuma nya,aku memang jenis suka menderhaka bab2 camni



btw...doakan aku...aku tak perlu kot mintak korang doa yang baik baik sebab doa tu memang dah untuk benda baik je...otak aku tak penat lagi menyambung neutron2 dan transmit ke hati aku yang all is well..n hoping so..ALL IS WELL Inshaa Allah..