Sunday 23 February 2014

Dari Mata Aku...

Assalamualaikum...
(sila jawab..jangan kedekut)
sengih sambil tunjuk peace


Hurm...dari celik mata bangun sembahyang tahajud yang cuma mampu buat sekali sekala tu,pergi kuliah,balik layan muka buku dan pencicit sampaila tidur malam yang tak penah miss tu..celik pejam celik balik,dah nk habis bulan februari 2014 ni ha...kejap je ha...itu pun dah penuh cerita yang jadi hari-hari..macam-macam..ada yang panas,ada yang suam suam kuku,ada yang suram sunyi sepi teruih


eh,tak kurang jugak berita yang orang tunggu-tunggu..huhu...
contohnya...BR1M dan baucer buku!
haha..tahniahla yang dapat duit BR1M tu..use it wisely hokay!
baucer buku belum lagi..T_T

tapi...ini bukan cerita pasal aku sedih tak menerima duit BR1M mahupun baucer buku itu....

Dalam banyak-banyak cerita..yang aku rasa nak ikut sampai habis ialah...kisah penahanan Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal;2 rakyat Malaysia di Sweeden yang didakwa mendera anak mereka (boleh google cerita mereka...)
Kes ni banyak dapat liputan meluas lepas isu kangkung dilihat sedikit reda sebab rakyat dah redha kot. yang bestnya,sebab cerita ni tak jadi di Malaysia,jauh sekali nak kenal keluarga yang berkenaan dari dekat ,kita cuma dihidangkan tentang perkembangannya di media massa..entah betul apa tidak,wallahu'alam



Masa mula-mula baca dulu,aku pun ada pendirian macam orang lain..mak ayah pukul sikit je tu,rilek la dik!

Cumanya,yang tak sedap aku baca bila ada yang pihak yang salahkan anak,ada pihak yang salahkan mak ayah dan of course,yang menyalahkan tu..kaw-kaw punya pendapat,bahasa takda tapis-tapis....hamboi~~~


Tapi bagi aku..ye..semua pihak ada pendapat,ada hujah..ada yang rasa patut dan wajar tindakan itu diambil...cuma..yang kita kena faham....mereka tidak tinggal di Malaysia

cara didikan barat dan di sini adalah berbeza..cuba perhatikan..di barat,mereka jarang pukul anak bila buat salah,mereka lebih kepada 'sentuh' guna psikologi..teguran,teguran,grounded(larangan keluar rumah/penggunaan telefon,gajet or pape je lah)..bagi mereka,pukul itu ialah satu penderaan fizikal dan amatlah dilarang sama sekali..tapi kita kat sini,orang melayu lah senang cerita,tegur kali pertama pun nada dah tinggi,kali kedua tibai terus..

Anak-anak diorang pun agaknya tak pernah tengok lagi budak-budak kena ikat kat pokok  sebab mandi sungai,kurung dalam bilik air sebab mandi lama giler,kena bantai dengan ranting pokok tu belum yang kena rotan sebab ngaji tak pandai2..huhu....aku rasalah,kalau diorang tengok depan mata..mungkin mereka akan bersyukur giler dan merasa amat bernasib baik..at least kena rotan je,ni yang kena sampai kena ikat kat pokok tu apa citer??diorang mungkin cuma balik malaysia,time raya..kejadahnya orang nak tibai anak time raya?


Dan..mereka ni hidup zaman millenia...semua terhidang di alam maya..kita dulu maya tu penyanyi;yang nyanyi lagu bunga-bunga matahari..hehe..kecik molek sampai laa ni..ko taip je kat keyboard tu,semua ada...cuma,kena bijak je nak pilih yang mana...dan bagi diorang ni,internet tu adalah dunia mereka..jangan kacau! tu yang ada ralit,tinggai semayang,tinggai homework,korban masa makan..semua tinggai la..semua benda ni nak cerita kat fb,twitter...kadang orang luar ni baca,salah faham...tu masalah jugak tu...


Lagi satu...yang aku perasan la...selalunya orang melayu ni...selalu,aku tak kata semua...jarang dan fail nak terangkan kat anak bila anak-anak tanya kenapa..kenapa kami kena marah?kenapa kami kena pukul?kenapa kami kena pukul bila tak solat,kenapa kami kena makan ikut time?kenapa kami tak boleh cakap kasar dengan adik beradik?kenapa?kenapa?kenapa?huhu...ye,anak-anak zaman sekarang sangat banyak tanya...tapi kalau mak dan ayah boleh jawab kenapa,aku dapat rasa...budak-budak ni boleh terima....


Mahu atau tidak(hamboi,ayat stok karangan BM boleh dapat A+..kekeke) kita kena terima yang zaman dah berubah..anak-anak kita dah dididik yang mereka kena pertahankan hak mereka..dan salah satunya ialah...tidak didera secara fizikal ataupun mental..tak salahkan mereka kalau bagi mereka dirotan itu satu penderaan fizikal,sebab kita kecik kecik dulu pun memang hangin je kalau kena rotan..cumanya,tahap takut kita kat parents time tu,lebih dari taat..dan cabaran tak pernah jauh dari mak dan ayah nak didik anak tentang disiplin masa,adab,ibadat,buruk baik..kalau boleh,janganlah ayah dah pukul,mak tambah pulak...mak dah piat(cubit) tang perut,ayah pulak tibai ngan tangan...nabi pun ajar,pukul anak ada adab..ajar anak kena sesuai zaman dia,bukan zaman kita..


pada kita yang hanya membaca ni...doakanlah yang baik-baik untuk keluarga ini...sedih sangatlah,kalau mak ayah kandung hilang hak penjagaan anak sebab kes macam ni....kat malaysia ni,berlambak lagi kes kes pukul yang tak masuk akal...beza sangat cedera sebab mengajar dengan cedera sebab memang nak lepas geram


ok..chill everybody!



nota kaki:warning buat bakal abi pada anak-anak saya,buatlah apa awak suka tuk ajar anak..tapi jangan sampai patah riuk,mampus budak tu dahla......

No comments:

Post a Comment