Thursday 4 July 2013

Ijazah dari Jalanan...(main cikgu-cikgu)

Assalamualaikum...
cak!
lama dah tak jengah buku nota yang satu ni...

apa lah cerita semasa sekarang?
dari cerita jerebu dan jedebu
Kelantan ke JDT
semua aku tau sipi-sipi je,asal ada
dan terasa......"aku ni dok bawah tempurung ke gua?"
*silalah ambil tau hal semasa*

itu cerita di Malaysia beberapa hari lepas

ini cerita aku beberapa hari yang lepas
dan hari-hari yang akan datang
yang akan aku highlight
dan ceritakan dalam buku nota aku
tentang IJAZAH yang datang dari JALANAN


Bukan jadi cikgu main-main
Tapi,main cikgu-cikgu
*dulu tecik tecik main kawin-kawin*

seminggu yang lepas
aku dah dapat placement tuk praktikal guru

maka bermula lah perjalanan mencari diri yang sebenar
sebab apa cari diri
sebab masa ini sedar mana tahap sabar kita
sebab masa ini sedar mana tahap disiplin kita
sebab masa ini sedar mana tahap riak nya kita
sebab masa ini baru sedar mana tahap ikhlas nya kita


dan seminggu yang dah lalu
cuma ini yang mampu tertaip
cuma ini yang ada dalam kepala

MENCABAR!!
*anda suka cabaran?mungkin boleh tukar cuba jadi guru*

No comments:

Post a Comment