Assalamualaikum...
Mari kaitkan istilah sains dalam kehidupan kita..........................
kena peka dengan alam dan sekelilingnya
bila jadi budak aliran kemanusiaan,agama dan sastera
kena peka pada manusia dan kelakuannya
bila jadi budak aliran sains tulen kena cekap
bila jadi budak aliran lain-lain kena cakna
bila belajar tentang fakta kena merakam kuat
(seriously,kagum dengan kemampuan korang menghafal beribu terms,ayat dan muka surat)
bila belajar tentang teknik kena manipulatif
(seriously,salute bila terfikir tentang kemahiran reka cipta korang)
bila belajar tentang abstrak kena imaginatif
(seriously,sila kagum..sapa dapat bayang ikatan kimia?sapa tak tanya macam mana huruf tambah darab huruf boleh jadi nombor?sapa dapat faham monalisa tu cantik sebab apa?)
stress subjek membaca
sebab rasa banyak
stress subjek menghafal
sebab otak cepat penat
stress subjek mengira
sebab lagi banyak menyoal dari menjawab
stress subjek mereka cipta sebab idea perlu berterusan
apapun..belajar tu perlu hati yang ikhlas..
rajin dan jiwa kental
rajin dan jiwa kental
ada masa ko rasa overload,ada masa idea ko kena ulas dengan kaki
hidup kita ni satu simbiosis
saling bergantung antara satu sama lain
kita faham benda selalunya separuh-separuh
sebab tu kita dicipta dengan kemahiran dan kefahaman yang berbeza
supaya yang separuh itu dilengkapkan oleh yang separuh lagi
tak boleh kata bidang kita lebih susah
sebab cuma kita yang pernah rasa parahnya
tak boleh kata bidang orang lain lebih remeh
sebab kita tak pernah dalami sakitnya
maka,
tolong jadi peka,bukan buat pekak
tolong jadi tukang tepuk,bukan tukang kutuk
tolong jadi pe rai,bukan keje nak maki
belajar menghargai..
buat yang masih belajar secara formal;
terutamanya students UIA
mari berteman rapat dengan Al-Muddathir,Al-Insyirah
mari berkawan baik dengan solat dhuha dan istighfar
"Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester"
"Selamat Menduduki Peperiksaan Semester Akhir"
tetap sempat.. |
buat yang dah bekerjaya,
"selamat meneruskan usaha anda..."
buat adik-adik kandung saya;
"selamat bercuti sekolah la ye........................................."
No comments:
Post a Comment