Monday 15 July 2013

Aku Sedang Diuji.....Refleksi Ramadhan

Assalamualaikum..
*mohon doanya agar berbalas juga untuk aku*


 "Tidaklah beriman seseorang itu sehingga dia benar-benar diuji"

  statement yang sesuai dengan:


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)


 dan sesungguhnya..aku sedang diuji beberapa menjak ni

diuji dengan pelbagai benda yang aku rasa menimpa nimpa

kadang aku kuat,kadang aku bergoyang jugak dan kadang aku dah tersungkur pun

dan bila orang kata 

"kau kuat sebenarnya Ly..sebab tu Dia bagi kau ujian yang macam-macam..."
"kitorang ni mungkin tak dapat kuat macam kau bila kena uji dengan sakit,nak kejar belajar lagi,dengan cinta tak dapat restu lagi...Allah tau kau boleh survive..sebab tu Dia bagi kau,bukan kitorang"


dan ye..

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah: 286)



bila tengok pada positive side nya...bila dah rasa sesak macam ni(sungguh!aku rasa sesak bila ujian datang tak surut-surut lagi) baru aku faham kenapa orang boleh menangis bila mengaji..apart from takut seksa neraka,balasan hari akhir dan seksa kubur..terkadang kita(err..ok..aku) aku lupa tentang nikmat yang dah dipinjamkan sampai hampir lebur dah semangat

Sedangkan Allah yakin pada aku...............

dan terkadang,bila beberapa tahun ni aku masih belum jumpa sebab dan hikmah kenapa aku yang dipilih untuk rasa semua sakit tu...aku terbaca tentang ini

Nabi Ayyub menderita sakit selama tujuh tahun. Pada satu hari, isterinya, Rahmah bertanya dan mengadu kepada kepada nabi Ayyub: "Wahai suamiku, sudah lama aku diuji derita sakit ini. Berapa lama lagi kmu perlu menanggung semua ini?" Nabi Ayyub menjawab dengan bertanyakan soalan: "Wahai isteriku, cuba renungkan hidup kita. Sudah berapa lama kita hidup dikelilingi nikmat, kebahagiaan dan kesihatan?" Rahmah menjawab: "Sudah 80 tahun." Nabi Ayyub bertanya lagi: "Berapa lama pula derita sengsara yang dikongsi bersama aku?" Rahmah menjawab: "7 tahun." 


dan aku malu sendiri sebab terlalu kerap menangis,dan tertanya..sampai bila dan kenapa aku?

Takkan kita tidak boleh bersabar dengan kesusahan jika dibandingkan dengan nikmat yang telah sekian lama diperoleh. 


dan sebenarnya(bukan lagu Yuna)..



ye,pesan aku pada diri sendiri


"Takkan kita tidak boleh bersabar dengan kesusahan jika dibandingkan dengan nikmat yang telah sekian lama diperoleh. "


nota kaki:aku masih belajar untuk lepaskan semua rasa sakit ini........

No comments:

Post a Comment