Tuesday 22 April 2014

Keterbukaan

Assalamualaikum..
Annehesayo..


macam selalulah...setelah meninggalkan buku nota ni dengan habuk dan sawang bagai baru la ada idea yang best nak menaip,buat entri..
(aku on9 je setiap masa,cek fb,cek ig,selak2 jugak buku nota ni..tapi..lebih hyper active kat twitter kot..ye la,cerita dua tiga ayat,jiwa kacau dua tiga minit,tweet  yo lah...)

ok..
ceritanya tentang..
cerita pasal hari ahad,hari cuti encik vanila a.k.a hari quality time kitorang together la
(guna word dating...mcm gatal plak..haha!)

cumanya..minggu ni dia sibuk dengan idea nak bercamping dia 
(yang sebenornya ajak berkelah je)

ohoi!!rare ok dia nk bagi idea..walaupun dia kena gelak dengan aku..tapi..muka dia menunjukkan yang dia serius ini kali.Dan macam selalu..aku nak quality time yang aku betul2 boleh spend masa dengan dia,yang tak libatkan bajet besar,tak perlu tempat fancy2,idea suprise bapak gempak..sebab tu kadang2..aku ske dia bawak jalan dalam kereta je...haha

makanya..selain dari berkelah=makan...tak semena-mena idea ni datang (ah,tipu giler la..tidak semena-mena,ingat genius ke idea dtg dari langit??)



sebenarnya sebab dua tiga hari lepas,encik vanila kata..aku ni susah nak bercerita dekat dia pasal aku,pasal org lain banyak je...kira banyak benda yang aku masih-masih tapis dengan dia..huhu..sumpah,aku tak pernah perasan yang itu...


hah,penah yang ada kena smash macam aku tak?

yang bagusnya encik vanila ni,dia jujur...jujur mungkin sebab dia tak pernah in serious relationship with a girl before..(uh,suci sangat....but then,jujur innocent..haha!).Dia senang beritahu apa yang dia nak,apa yang dia rasa,apa yang dia suka,apa yang tidak...so..tak susah bagi aku nak predict..

tapi,in contrast..aku ni jenis suka pendam,cakap pun lapik-lapik..(bukan sebab baik sangat,aku lebih nak jaga hati orang..ahaks!SILA JANGAN MUNTAH) dan tak mustahil lah..kalau mostly bila orang gambarkan aku in words selalu yang femes nya,
................
mysterious,secretive,sensitive
..err..erk



maka..bila encik vanila yang cakap macam tu...he really means nak aku lebih bersikap terbuka dengan dia...dan disebabkan aku ni macam ada dinding yang susah nak diceroboh masuk...so..tak salah aku hendap-hendap la keluar sikit kan...haha..perumpaan ntah hapa-hapa...aku tak rasa bila dia tanya,aku akan jawab semua soalan-soalan yang dia nakkan jawapan sebab most of da time soalan yang aku rasa 'kedap' nak jawab akan berakhir dengan bunyi latar belakang cengkering...krik krik krik~~

thus,i came out with this idea...
-diri awak dalam 3 perkataan
-5 perkara penting tentang diri awak
-tabiat saya yang awak perasan
-tempat yang awak paling nak pergi dengan saya
-perkara yang paling awak nak saya ingat tentang awak
-...
ada soalan yang aku memang nak gurau-gurau je..dan ada soalan yang memang jawapan dia aku nak dia betul betul dengar dari mulut aku..."this is what i really want..".."this is how i feel"..


mula-mula dia jawab pun poyo popo je since aku cakap "saya ada game harini.." tapi..agaknya bila tengok aku bagi jawapan yang lebih...(taktau perkataan apa paling sesuai...mungkin...terbuka atau jujur atau lebih dari surface macam selalu...) dia pun start bagi jawapan yang memang dari hati..dan aku terpaksa mengaku..sakit gigi aku dengar jawapan dia...


encik vanila ni 'pemalu' orangnya..o_O
ok fine..aku tipu!

dan yang bestnya...petang tu hujan,so..kitorang lepak main game ni dalam kereta tepi pantai...haha rare giler pemandangan...time tu tengokla sejelas jelasnya riak muka time dapat soalan,suara sejelas jelasnya dan sejujur jujurnya bagi jawapan..


ehsan encik google
jujur aku cakap..keterbukaan itu penting dalam sesebuah hubungan,tak kisahlah hubungan apa pun...sebab ia menunjukkan tahap kepercayaan kau pada orang sekeliling,yang kau kata kawan,yang kau kata kesayangan..kesediaan untuk bersikap terbuka tu ibarat kau bukak pintu bagi mereka untuk masuk lihat dunia,diri kau dari tempat kau berdiri dan beri peluang pada diri kau untuk mereka yang jujur ni tarik diri kau untuk lihat dunia,tengok  diri  kau dari tempat diorang...bawak kau kenal diri kau dari sesi mendengar;mendengarkan diri dari kesediaan untuk bercerita dan bersedia mendengar tentang diri kita....


and ever since this is just a game...u will not feel burdned...enjoy!



 ...................................................selingan......................................................

bagaikan pelangi..tak bercahaya namun kau berseri




"cantikkan benda-benda yang kita tak plan nak tengok..tapi tetiba dapat tengok"
"pelangi?"
"macam kita.........sekarang"
"ye..kadang-kadang benda cantik tu indahnya bila kita tak terlalu mengharap tapi sabar sampai ianya datang sendiri"







nota kaki: awak,saya rakam semua jawapan tuk masukkan dalam arkib..boleh buat valid evidence..haha



















1 comment:

  1. fuyooo x sangka ak kawan2 ak mcm ni lalalala...miss old tyme with u dear

    ReplyDelete